Tuesday, August 25, 2009

sistem modular lebih menarik????

Pelajar lepasan SPM yg melanjutkan pelajaran di tingkatan 6 mempunyai peluan yang cerah menjejakkan kaki ke IPT.Ini kerana tingkatan 6 ibarat prauniversiti dan dengan keputusan STPM ,ia melayakkan mereka mengikuti program ijazah.

Walaupun STPM bagaikan satu tiket ke IPT,kebanyakan pelajar lepasan SPM kini tidak berminat melanjutkan pelajaran di tingkatan 6 sebaliknya memilih IPTS.Hal ini kerana walaupun tingkatan 6 dikatakan prauniversiti ,namun sistem pembelajarannya masih dilaksanakan sepeti sistem persekolahan biasa di sekolah menengah.

Selain itu,pelajar di tingkatan 6 turut merungut kerana perlu belajar matapelajaran yang membebankan dan apabila mendapat keputusan STPM,mereka tiada peluang ke IPT.Justeru,bagi menarik minat lulusan SPM ke tingkatan 6,sistem terminal yang dilaksanakan kini akan digantikan dengan sistem modular..

Sistem modular adalah sama dengan sistem di universiti yang membabitkan 3 semester.Menerusi sistem ini,pelajar hanya menumpukan kepada modul semester berkenaan berbanding sistem penggal,pelajar terpaksa mengulangkaji pelajaran dari tingkatan 6 bawah hingga 6 atas.

Kaedah taksiran modular akan mengambil kira 4 komponen iaitu:
1.penilaian berasaskan kurikulum dgan amalan peperiksaan biasa
2.projek sekolah
3.kerja amali
4.ujian berasakan sistem peperiksaan buku terbuka.

Dalam sistem modular,20 hingga 30 % keputusan STPM diperoleh daripada tugasan kursus atau projek & penilaian lain selain kerja amali manakala 70 hingga 80% bergantung kepada peperiksaan akhir pengajian.Peperiksaaan akhir tahun masih perlu dalam STPM untuk menentukan tahap kelayakan pelajar apabila memohon ke universiti.p/s: apa pendapat korang????


No comments:

Post a Comment